Sunday, 3 July 2011

cite orang kawin

Tengah terlebih masa n cerita ni aku rajinlah nak mengupdate story kat blog aku nie. Rasa ni musim-musim orang kawin kut start dari cuti sekolah 2 minggu hari tu sampai lah ni ramai yg menamatkan zaman bujang masing2. Samalah hari ini aku g menghantar anak buah aku kahwin. Anak kakak aku yang last sekali. Lepas ni dh boleh simpanler kawah n periuk2 besar semua hehehehe. Tapi yang aku pergi ni sebelah perempuannya kat Kajang. Kenduri di rumah kakak aku minggu berikutnya (9hb Julai 2011).


Kata depa pihak lelaki pakat pakai baju purple...aku pun pakailer baju purple yang mana ada nak sama tema hehehehe. Sampai sana yang pakai purple adalah 2-3 kerat. Yang lain macam2 kaler hehehe. Mana aci bunga sekuntum kaler purple kira tema purple jugak huhuhu. Xperlah janji g umah kawin, kenyang kan kan kan. Ni snap sebelum bergerak ke sana...nak harap aku bergambo kat sana...alamat tak adalah yang mengambilnya.


ahaks...ada gaya datin xde anugerah tak?
Sampai sana anak buah aku suh aku amik gambo pengantin. Hish maleh ler aku kat tempat orang lagipun ramai plak jurugambarnya yg berkerumum. Datangler plak rasa segan aku ahaks!!!!. Bek cari tempat dulu isi perut kan. Lebih-lebih lagi aku nampak ada kuih2 fav aku - lepat pisang, lepat ubi n siap ada cendol lak hehehe. Membuat aku tak sabo2 nak makan...beratur amik cendol pun xpe.

Inilah kakak sulung aku dengan anak-anaknya. Abang Ipar aku ntah mana...biasa aaa
lone ranger buat hal sendiri hehehehe

Hishhh tak tahu nak kata apa orang sibuk amik gambo pengantin...yang di bawah plak terlebih posing mautnya. Tak paham betoiii hehehe
Hehehe adam tertekan. 
Hehehe sian adam. Dahler kena bergambo. Dia dari rumah dah kata tak nak g umah Kimi kat Putrajaya sebab ada 'abang' dia yang suka mengusik n menyakat dia. Aku kata hari ini dia tak usik adamnya sebab dia jadi pengantin. Pengantin kena jaga kelaku. Rupanya andaian aku salah....pengantin tetap macam 'hantu' jugak hahahaha. Tak caya tengoklah pengantinnya tak reti duduk diam...

1 comment: