Sabtu 23 Julai lepas aku kena datang sekolah. Ada perkembangan staf. Lemah gemalai aku dibuatnya sebab satu hari cuti santaiku dicuri. Dahler minggu tu rasanya dah berapa kali balik petang jer. Aku kuar rumah pun rasa dah lewat. LADAP start kul 8.00 pagi. Aku baru terhegeh2 nk kuar jam 7.50 pagi tu. Dengan gaya ala-ala org jabatan mana ntah aku kalut naik ke bilik muzik di tingkat 2. Hik hik hik rupanya sampai tingkat 1 ada ramai yang baru sampai. Fuh! lega adalah geng-geng seangkatan lewat dengan aku. Tengok2 kat sana, rupanya masih ada yang tak mai lagi n bengkelnya pun belum start lagi.
Apa yang kitaorang buat hari tu? Membetul dan menampalkan bahagian teks yang sensitif dan hangat dalam novel INTERLOK. Biasalah keje macam ni ada yang suka rela n ada yang mengomen...apa2pun bagi aku orait je daripada duduk melangut dengar orang kasi ceramah ke apa ke memang tak jalan buat aku. Alamat tak lama je..sama ada aku padam atau buat aktiviti sorang2.
pekerja gigih dan ketagih ke atau lakonan semata2 hehehe Apapun sambil menampal sambil makan sama |
tengok dah siap tampal huhuhu |
lepas tu dengar plak penerangan tentang PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) memandangkan tahun depan PMR dah tak ada so sebagai gantinya kenalah cikgu2 sekolah berpening-pening pulak untuk melaksanakan program baru ni. Memangler pening sebab banyak melibatkan dokumentasi dan projek pelajar. Nak mengumpulkan kerja budak-budak ni pun bukan senang. Nasib aku tak ajo menengah rendah...kalau tak aku lagilah double trouble feninnya.
Dalam 20 minit mendengar antara ya dan tidak, diteruskan acara melantak ler plak kat kantin. Dapatle lapik perut dengan nasi lemak n ayam goreng berempah sebelum ke program panitia masing2.
Dalam program panitia, sepatutnya aku kena sama sampaikan salah satu slot tu tapi cancel hehehehe sebab bahan yang aku nk sampaikan tu aku dah tinggalkan meja kat staf room. Sekali Jumaat tu excited sangat nak balik...tanpa disedari kuangkut semuanya balik bersama slip keputusan n report card budak. Jenuhler aku mencari kat meja tak ada. Nasiblah masa yang diberikan sampai 12.30 tgh so slot yang diisikan oleh cikgu2 lain ngam2 sampai 12.30...kalau aku interupt sama tentu balik lewat lagi kan! kan! kan! Kira bahan yg aku tertinggal tu penyelamat ler kepada guru2 supaya tak balik lewat wakakakaka....alasannnnnnn!!!!!!!
makan time...tak kasi peluangnya |
Habis jer LADAP aku g ke TESCO plak beli barang dapur n singgap lunch dulu kat "Q" Bistro. Restoran mamak asalnya tapi dah direnovate jadilah bistro macam2 ado. Tu yang leh order nasi goreng cina, ABC n fench fries. Tempatnya cantiklah jugak. ABC nya pun sedap hikhikhik apa kena mengena ABC dengan tempat.
sikit tul n perencah ada ayam je beberapa potong. |
Tapi memang penat giler hari tu...kuar dari pagi balik nk dekat petang. Menapak2 lagi kat dalam Tesco lagilah bertambah2 tahap kelemauan aku. Cik abe pun nak kuar malam tu..so aku masakler yang mudah-mudah jer sbb tenaga tu dah tinggal 1 bar je hehehe.
ciann..penatnye ye..ni yg buat ma tambah malas nak pi ngajar semula ni...hehe..
ReplyDeleteDatang sekolah hari biasa pun penat jugak sbb jiwa tu dah tak ada. Tertekan je huhuhu
ReplyDelete