Thursday 30 December 2010

Countdown 2011

1,2,3,4,5.....kiralah korang sampai habis hehehehe
Sebelum cik abe aku menghilang, aku siang-siang dah ajak dia pegi tengok bunga api malam tahun baru nanti hehehe. Bukan selalu nak bersantai bersama2 kan...sekali sekala nak ler bawa adam bersuka ria. Mama pun tumpang sakan sama. So kita orang plan mula2 nak gi kat OU jer. Sekali sampai sana sunyi sepi jer macam diserang raksaksa. Laaa..tak ada rupanya hehehehe. So kami naik keta balik menghala kat sekolah. Parking kat dalam sekolah n menapak ke dataran The Curve plak. Sampai sana orang2 yg nak bercountdown dah ramai. Tak sangka tengah ramai2 tu terserempak plak dengan kawan sekolah. So kami pakat melepak sama2lah kat situ hehehehe
meen n azah family..berfiesta

Budak2lah seronok..nasib adam ada jumpa dengan Yaya, Zaza dan E'en, kalau tak bushan gak main spray2 sorang2. Yg pasti takut mamanya jer jadi mangsa semburan kang. Memang keje habiskan duit membeli spray tu jer.Lepas satu tin satu tin. Apa taknya duduk pun dekat orang jual benda tu. Tengok belakang adam tu berkotak2 tp bukan kita orang punya..penjual tuler punya hehehehehe

adam nk menekan pun tak kuat

Dah ramai2 tu terjumpa dengan students hehehhe..layan jer!!!!!


Pancaran bunga api yang sempat di rakam malam tu. Kira naik terkehel lah jugak leher dok keje mendongak ke atas. Sori ek...xleh upload plak. Filenya besar sgt kut..makan tahun nunggu nk habis. Nanti2lah bila senang

Monday 15 March 2010

Indahnya Pertemuan

Wei!..sapa nak join message FB aku. 
Malam ni kita 'conference'...
hangin betoi line malam ni asyik terlepas kandang je. 
Mana Anis? Mana Jaa? Mana Jie? Mana Shidot?
Terlepas kandang lah tu hehehehe...
Macam tulah kita orang masa berbincang  nak buat reunion . Tapi setiap kali berconference...asyikler masing2 sibuk nak mengena sesama sendiri hehehe. Dengan virus Jaa masuk sekali (made from Vietnam plak tu hehehe). Mmmm masing-masing dah tak sabau-sabau nak berjumpa, dalam conference YM pun jadi. Last2 aku gak yang FENIN. Anis tolong aku!!! Hehehe dialah mangsa tempat aku mengadu ke FENINan aku. Ternyata perangai masing2 macam 20 tahun dahulu. Perangai jerlah yang lain tungguuuuuu.....jumpa nanti sah baru tahu. kan? kan? kan?


Bagai tak dijangka-jangka aku dapat bertemu kembali kawan-kawan yang telah 20 tahun tidak bertemu. Pertemuan yang sekadar dirancang  melalui Facebook akhir dapat dilaksanakan..20 orang je yg join tapi cukup bermakna buat kami. Itulah pertemuan Anak Ibu Kandung 87/89. Memandangkan semua mai jauh n tempat pertemuan pun jauh so reunion kami takler vogue sangat. Simple tapi syahdu hehehe. Ntah apa2. Lokasi pilihan kami, apa lagi di Tanjung Malimlah. Tempat yang meninggalkan 1001 kenangan manis yang menggamit perasaan rindu kami untuk bertemu kembali. Di sana kami menginap di kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI kat Proton City. Bila tiba hari yang dinanti bukan setakat  Tanjung Malim dan IPSI sendiri dah berubah wajah tapi kawan2ku pun sama...dah top-up sana top-up sini.

semua ngaku maintain hehehhe..maintain ke?
chit chat chit chat jugak...makan2 jugak
Ni je yg mantain..sengalnya je hehehe (siap bawak kitab pantun
nak buat skrip pengerusi majlis malam nanti) hehehe
Sebelah malam acara kita orang hanya makan2 dan bertukar-tukar hadiah. Sambil tu adalah sesi memperkenalkan diri hehehe mcm kena orientasi plak sambil mengenang kisah silam. Tu yang syahdu auwww!!  Pastu balik bilik sambung cerita n gossip. Siang tadi punya tak habis lagi. Tapi aku tak tahulah dia orang berchit chat sampai kul berapa sebab aku dah padam awal...nak wat cmana time tulah 'sakit' aku melanda. Sori ekkkkk...kalau aku jaga kang lagi lama plak ceritanya hehehe. Alasan!

Pasagan romatika de amour mengimbau kisah silam

Bersama teman tapi mesraku..JIE
Bersama teman tapi sengal huhu - ANIS@HANNA

Keesokkan plan kita orang plak pergi melawat ke tempat yang meninggalkan banyak nostalgia buat kami semua - dulu IPSI kini UPSI

di depan Kolej Kediaman Aminuddin Baki, UPSI
bergambar beramai2 di depan DRT


Gaya tetap maintain macam dolu-dolu
Setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Ntah kapan tak tahulah dapat ketemu lagi.




Lepas ni pandai2 ler sapa2 nak buat REUNION lagi...aku dh PENCEN hehehe. Acah je!