Sunday 21 October 2012

Hepi-hepi holiday

ni cite dah lama hehehe. Cuti minggu bila ntah...aku balik kampung dengan anak buah aku. Yang lain-lain pun ada balik sama sebab nak tengok mak aku yang tak berapa sihat n tak boleh berjalan. Memikirkan tanak menyusahkan abangku melayan kita orang yang ramai ni...so anak buah aku sorang ni ajak aku menginap di Swiss Garden Damai Laut  sebab dia ada dapat bilik free kat situ. Ermmm memang tak penah sampai ke sana...pergi pun sesat sampai jalan mati. Dahler malam masa tu...aku pejam mataler. Seram!!! Sampai2 sana memang kelaparan tahap gaban...so melantakler dulu. Lepas tu kita orang ke pantai...barbeku pulak.


Wow pagi tu barulah nampak panorama kat swiss garden ni. Memang cantik. Cuma satu jer...payah nak makan je sebab jauh. Nak makan kat tempat situ bolehlah tp kenalah bawa berkepuk duitnya hehehe.


Pagi itu kita orang bersarapan di tepi pantai...sebab kupon utk makan kat hotel terhad ahaks. Tak kisahlah bila perut dah lapar makan kat mana pun besh. barulah trill masak sendiri. Makan maggie pun rasa spagheti hehehe.


Lepas tu kami pun buatlah aktiviti riadah..dah macam family day ler plak. Kalau family day mesti programnya terancang. Ni main aci mana dan jerlah.



Begitulah semalaman di Swiss Garden Damai Laut. Tengah harinya kami chow ke rumah abang semula...menjengok mak di sana. Thank youlah yang blanje kita menginap di sana.

1 comment:

  1. hebat nya Adam..:)
    salam kenal...
    singgah sini & follow..
    klu sudi, follow sy juga ya..:)
    TQ.

    ReplyDelete