Sunday, 27 November 2011

Package 4hari 3malam di Bayu Puteri

macam menarik jer kan package ni. Siap macam2 kursus dalaman disediakan. Package ini hanya untuk orang2 yang suka2 nak buat apa saja. Hari Jumaat kelmarin, abang aku hantar anak2nya ke rumah aku @ bayu puteri. Dorang datang sini untuk belajar melukis n mewarna...maklomlah salah sorang anak buah aku  ada peperiksaan Seni Visual SPM. So aku ajarlah apa yg mampu. Maklomlah aku nie dah lama meninggalkan dunia opsyen aku nie. Rasanya kemahiran aku dah melisut kut huhu.

inilah peserta yg mengikut package tersebut
So Jumaat n Sabtu aku adahal tak sempat buat apa2. Dorang dok bersantai jerlah, makan n tido sambil jagakan adam ahaks! Cuma pagi sabtu tu sempatlah ajar sketch kejap. So hari Ahad lepas breakfast barulah kelas mewarna bermula huhuhu. Tengoklah gaya masing2 melukis n adam plak sibuk mengadap PS2 jerlah.

Konpius: tak tahu mana satu yg nak exam


Tengah syok2 mewarna stop sekejap... latihan memasak plak. Adam nak makan maggie. Aku berhentilah masak maggie. Ingatkan masak maggie adam jer, rupanya yang lain pun ikut masak maggie sama. Dah habis makan, sambung balik aktiviti mewarna tadi.  Baru menonggeng sekejap mewarna...dah buat aktiviti lain plak. Ada tutorial pakai tudung ala Tajima plak. Mmmm lantak ler korang. Aku layan jerrr...
Tutorial memakai tudung ala Tajima bermula
Gaya macam dah hebat hehehe
 
Hasil akhir:  Ini tajima ke taliban?

Mmmm berapa kali break dahhhhh...
Lepas tu sambung balik menyiapkan kerja mewarna yang tak selesai tadi. Aku tunjuk sikit anak buah aku siapkan yg selebihnya. Dah hujung-hujung main redah-redah jer touch-upnya sebab dah lama sangat naik lemau jugak aku mewarnanya hehehhe.



Inilah hasil akhirnya...hehehhe...

Banyak-banyak latihan...sesi fotografi jer tak sempat. Berenang dapat berendam jer..pastu kena perambat sekuriti hehehe sbb tak pakai baju renang. Tunjuk kat abang aku hasilnya...dia suka nampaknya sebab anaknya dapat buat. Apa2pun aku harap anak buah aku tu dapat buat masa exam nanti dengan lebih baik. Jangan lemau sama dah hehehe.

So cmana berbaloi tak kursus secara berpackage di Bayu Puteri???? Ada sesapa nak join???



No comments:

Post a Comment