Tuesday, 5 April 2011

Nasi Minyak Org Kawin

Dah lama rasanya tak makan nasi minyak tp nasi minyak orang kawin punya. Nasi minyak mamak atau sendiri  bikin tu lain citer hehehhe. So ahad 3 APRIL ldapat gak aku pergi majlis perkahwinan sepupu cik abang aku kat ampang. Biasalah duduk kat bandar ni kan...majlis2 macam ni sudah pasti buat kat dewan. Macam nilah kalau dah bermastautin di bandar...nak kawin kena bajet besau ler sikit. Tempat pun kena sewa (Nasib aku dh kawin!) Tak macam di kampung2 kan...buat di rumah sendiri. Saudara mara dapat datang berkampung. Kat dewan dapatlah jugak bertemu dan berkumpul tetapi sekadar datang dan pergi ajelah. Hehehe macamler aku ni mesra alam sangat nk berkampung lama2 :)

sementara tunggu babah siap..kitaorg pose dulu kt luar 
Pergi rumah orang kawin.yang pasti mesti dapat bunga telur dan sudah tentu dapat makan nasi minyak. Itu yang penting hehehe. Tengok adam ngan babah makan tak pandang dah. Nak snap gambo aku pun bolayan. Tema perkahwinannya semua kaler purple.

bunga telur yang kami dapat
mmmm nyum nyum...tak pandang dah
adam berlatarkan pelamin pengantin bertema 'purple'
mmmm pasangan pengantin dh mai
sama cantik sama padan
ada silat2 lagi
muka kenyang nasi minyak ihik!!!
Alhamdulillah selamat pengantin baru
semoga kakak dan suami kekal bahagia hingga akhir hayat dan kehidupan kalian sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga cinta yang tak pernah padam untuk selamanya sebagaimana indahnya kata2 suami kakak pd isterinya tercinta:

"Sayang Isteriku...aku ingin semua yang hadir dalam jiwaku adalah hakmu yang akan menjadi pemacu dalam kisah hidup yang kita jalani sehari-hari kerana aku cinta kamu…aku juga ingin hadirku adalah kekayaanmu yang sempurna kerana di dalamnya ada pernak pernik sayangku buatmu..dalam suka dan duka dunia cinta aku ingin dirimu juga paham akan semburan lava cinta yang sewaktu waktu bisa dahsyat menghujani seluruh jiwamu ….selangkah semi selangkah semua ingin dalam janji kisah cinta yang kita jalani akan ringan terasa kerana dirimu hadir saat tepat ujung jarum asmara menusuk jantung hatiku….." 

Hehehehe..sori ek kata-kata ni kct cilok dari FB kakak...memang menarik tertarik kau memang dabommmm!!!

No comments:

Post a Comment