Hari ini aku dengan adam jer tinggal kat rumah, Babahnya pagi-pagi lagi dah keluar training paintball..kat mana tak pasti hehehehe. So plan hari ni dengan adam nak buat donat untuk minum petang. Yer ker? Jadi ke? Bukan apa aku ni sebenar bab kuih muih memang lemah sikit. Nak kata boleh kira dengan jari kuih apa yang aku reti buat...yang kureti makan n beli jer hehehehe. Kalau time mak kudatang ke rumah..masa tulah aku mereka macam2 kuih nak makan hehehhe sebab mak boleh tolong sediakan bahan-bahannya. Aku sekadar tukang goreng2 ke n hidangkan dalam pinggan :).
Sebelum ni jiran aku selalu kasi adam donat...aku pun tumpang sama makan rasa macam sedap jer donat yang dia buat. So aku nak nanya resepinya malu plak hehehehe macam teruk sangat. Itupun tak tahu. Maka dengan penuh semangat aku mencarilah resepi dalam webiste. Jumpalah..salin 2-3 respi donat yg dari website yang berlainan hehehehe. Bukan apa cari resepi mana yg bahannya tak meremehkan. Dah ada resepi...masa g beli barang dapur kat TESCO aku ambil peluang beli bahan-bahan yang diperlukan. Jenuhler mencari yis jenama mauripan katanya ok. Nasib berjumpa. Maka setelah 2 hari tersimpan bahan-bahan yang dibeli maka hari ni lah aku berpeluang membuat donat tu. Baru bancuh yis n nampak dia naik dan berbuih tu pun dah seronok bangat hehehehhe. So beginilah hasil donat yang kubuat...oklah percubaan pertama kan
Inilah donat yang kubuat...rupa memang tak ada. Janji rasa donat hehehehe |
sebenarnya bawahnya terhangus sbb nk amik gambo terbalikkanlah yg hitam ke bawah :). Itu petua amik gambo donat hangus |
1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan (11gm punya)
7 sudu gula pasir
1 susu kecil garam
1 cawan susu tepung (Full Cream) -
1 cawan majerin
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
3/4 gelas air
1. Isi yis mauripan, 1 sudu susu tepung atau gula pasir dalam 3/4 gelas air.
2. Kacau ler semua bahan2 supaya sebati
3. Biarkan sehingga yis dalam gelas tu naik atau berbuih2 penuh gelas
4. Masukkan tepung, garam, susu tepung, majerin, telur dan serbuk penaik ke dalam bancuhan yis tadi.
5. Ulikan sehingga jadi doh (tidak melekat di tangan)
6. Biarkan dalam 15 minit...lepas tu barulah bentuk dan goreng ler
7. Dah angkat taburkanlah gula halus.....
Selamat mencuba....kalau berhasil sila beri comment nanti
Meen...kira ok le tu...pandai gak ko ke dapur akhirnya...tahniah...hahahaha...pujian ikhlas nih...
ReplyDelete