Friday, 28 January 2011

Dapat Limau lagi!

'Kong Si Kong Si Kong Si Ni'@3'''#?/\@`%  ini maknanya pandai2 ler sambung sendiri hehehehe. Raya bila plak nie. Nie cite lama. Masa sambutan CNY 2011 kat sekolah. La ni baru berpeluang nak update cite2 lama. Sebab tengah ada masa terluang n kepala pun ada fenin2 lalat. Buang hangin ler kejap. Takpe lah kan..."yang baru dirai yang lama dikenang". Lagipun ada kawan sorang tu dh bosan cite lama nak cite baru. Kejam betoiii! Macam biasa bila tahun baru cina..cikgu2 yg tak cina ni pun sama sakan raya n sama2 pakat pakai baju merah2 belaka lebih2 lagi geng GBS. Nilah semangat 1 MALAYSIA.Yang tak ikut tema tu...suka ati doranglah..dorang punya baju, punya kepala n citarasa. Sekurang-kurang yang tak baju merah..ada gak lipstiknya merah atau kasut n tali pinggangnya merah. Macam yang dipakai 'datin Kartika" hehehehhe. Tak Gitu?



Yang pasti dalam apa apa2 acara geng GBS sentiasa buat kecoh n memeriahkan suasana. Wp tak meriah kami suka buat syok2 meriah sendiri. Masa nilah nak bergumbira melepaskan segala kesesakan nafas, kesenakan dada n kepeningan kepala daripada kerja rutin seharian di sekolah. Tengok kalau bab bergambo, bab buat bising, bab makan kitaorang memang no 1 nya tapi...bab keje pun boleh tahan juga (hehehehe terangkat bakul ler plak).



Apa taknya gitu tengah2 singa buat persembahan boleh plak kitaorang interprame ajak singa tu bergambo. Ikut suka jer buat iklan sekejap tapi singa tu pun gila glemer jugak hahahha sebab nak je bergambo huhu. Lagipun masa tu pengetua tak ada kat sekolah...kamipun amik peluang ler buat perkara2 yg kami suka. Dah habis acara masing2 pun sukan hati sebab kita orang dapat buah limau balik tahun ini setelah setahun kita orang ketandusan dengan buah limau. Kenapa ek? Adalerrr...rahsia rumahtangga sekolah kita.



Hari Jumaatnya sambung balik acara sempena sambutan tahun baru cina dengan pertandingan tulisan kaligrafi.  Dah ler buatnya hari Jumaat lepas sekolah, tentu semua pakat lumba nak balik awal je hehehe. Nak tak nak aku ikutlah serta sebab syahdu plak tengok student datang ajak cikgu2 nya masuk. Tahu2 yg masuk semua geng GBS...kan aku dah kata. Geng GBS ni memang suka memeriahkan suasana hehehhe. Tapi yang best sekali tak masa assembly isnin tu aku diumumkan dapat tempat kedua hehehe rugi tak datang sekolah tak dapatler aku naik ke pentas menerima hadiah RM 15. Jadilah hehehe yg penting adooooo!!!!

sungguh2 azah n siva menulis dengan penuh kesopanan

Yang kalah cuba lagi tahun depan. 
Kurangkan Kontroversi Tingkatkan Prestasi. Zassss...layan!

No comments:

Post a Comment