Start je cuti CNY aku dh siap2 plan nk g jalan2 Sabtunya sebelum bondaku mai umah hehehe. Bukan sbb tak mau bawa dia jalan tapi bondaku tu dh tak larat berjalanpun. Bila dia dh mai...akupun xleh ler nak merayau2 suka2 hati. Hehehe citernya macam ler aku nie berjalan selalu. Bila aku ajukan cadangan tu, en hb akupun ajak g tengok wayang. Aku ok jer janji kuar n jauh dari rumah. Kul 11 lebih kurang kami bergerak menuju ke Sunway Pyramid.
Sampai2 sana...biasalah cik abe aku nie pantang lalu kedai jam n kedai cermin mata, diapun menyinggahler. Aku sekadar intai2 dari jauh jer huhuhu. Kalau kedai yang berkaitan dgn aku lajulah sikit hehehehe. Lepas tu kitaorang terus beli ticket wayang....gulp rm75 untuj kami bertiga. Aku ty cik abe nape mahal sesangat sbb rasanya akupun penah tengok wayang kat sini. Rupanya tengok 3D punya....mmmm x apalah nak merasakan kan kan kan. Kita orang tengok cite "Journey2, the Mysterious Island". Lepas tu perut mula rasa kebulur plak....Aku ajak makan kat Pizza hut. Teringin nak makan lasagna. Hehehe ikut tekak mama jerlah adam. Mama yang banjerrr huhu
Dah kenyang...kami bergerak menuju ke TGV cinema tadi sambil window shopping dan tengok sambutan CNY di Sunway Pyramid. Pas tu singgah jap kat tempat 'video game'...adam berhajat nak main tadi. So layan jerlahhhhhh. Kang x ikut peluk tubuh plak dia (merajuk) hehehehe.
Jam dah kul 4 petang....wayang nak start dah.
Habis wayang terus ke Uptown Damansara. Makan lagi. Makan malam ler plak. Tak de makna nak masak2 balik nanti. Sebelum balik beli tauhu bakar mmmm yummy.
Sementara menunggu bonda kusampai....aku n adam pakat berselimut berdua. Masing2 demam kehujanan tadi. Sampai hari isnin kepala aku pusing lagi n sakit2 badan tak sedap badan.